Rakyat Hong Kong menunjukkan solidariti terhadap Uighur

0
26

RIBUAN penunjuk perasaan Hong Kong berhimpun pada Ahad bagi memprotes layanan China terhadap etnik minoriti Uighur.

Penunjuk perasaan berkumpul di Edinburgh Place di tengah-tengah bandar raya tersebut dengan memegang bendera Turkestan Timur dan mengibarkan bendera yang menunjukkan sokongan terhadap kemerdekaan Hong Kong.

Bagaimanapun, diplomat China mempertahankan republik tersebut dan berkata China tidak memenjarakan tahanan politik.

Sebaliknya hanya menahan mereka untuk memberikan latihan vokasional dan menyelamatkan mereka daripada radikalisme agama.

Sejak Jun lalu, Hong Kong dibelenggu protes pro-demokrasi yang bertukar ganas bagi menuntut kebebasan demokrasi yang lebih meluas.

 

-astro awani

150 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here