8 Pantang Larang Menjaga Bayi Baru Lahir

0
53

JANGAN BERI MAKAN BAYI 6 BULAN KE BAWAH 

Memang pantang larang atok nenek moyang kita memberi bayi makan pada usia 6 bulan ke bawah. Jika dianggap ini kolot, pergilah ke mana-mana hospital dan mintalah nasihat doktor, sudah tentu doktor juga tidak membenarkan memberi makan pada bayi yang berusia 6 bulan kebawah. Hal ini penting supaya bayi tidak mempunyai masalah penghadaman.

JANGAN ABAI TEMU JANJI DOKTOR

Sesibuk manapun urusan kita sehari-hari, jangan sesekali abaikan temu janji dengan doktor, hal ini penting untuk pemeriksaan bayi anda agar bayi tersebut dalam keadaan baik sahaja. Setidaknya. jika berlaku sesuatu yang luar dari kebiasaan, perkara itu dapat diatasi dengan segera dan dapat dikesan oleh para doktor, tidaklah melarat bayi tersebut.

JANGAN LAMBAT DAPATKAN RAWATAN DOKTOR JIKA BAYI DEMAM

Jika bayi demam contohnya, bawa segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, jangan berlengah! Bayi selamanya tidak sama seperti orang dewasa, jika suhu badannya terlalu panas, boleh menyebabkan sawan.

JANGAN TERLEBIH MENGGAYAKAN PAKAIAN BAYI

Ada ibu yang terlalu teruja dengan bayi mereka sehingga menggayakan pakaian secara berlebihan. Jangan risau ya ibu-ibu, meskipun bayi itu tidak dihiaskan, ia tetap terlihat comel dan sangat comel! Bukan apa, terlalu berhias dengan pakaian berenda-renda misalannya, boleh menyebabkan bayi kurang selesa. jika mereka tidak selesa, mereka akan menangis.

JANGAN BIAR LAMPIN KOTOR TERLALU LAMA

Bayi yang baru lahir kerap membuang air berbanding bayi yang sudah berusia 6 bulan ke atas. jadi, buat ibu bapa, jangan biarkan lampin kotor terlalu lama, hal ini boleh menyebabkan ruam pada kulit bayi. Jadi ibu perlu kerap memeriksa lampin bayi supaya dapat dibersihkan jika terdapat kotoran, jika bayi bersih, mereka akan selesa, jika mereka selesa, mereka mudah untuk lena dan ini penting, untuk tumbesarannya.

JANGAN GUNA PUTING

Baru seminggu lahir bayi sudah beri puting? Rileks la ibu-ibu sekalian. Kesian kat bayi korang yang teringin sangat nak merasa menghisap susu badan korang. Untuk pengetahuan semua, bayi ni dilahirkan memang dengan sifat semulajadi untuk menghisap susu badan ibu kerana mengandungi zat yang terbaik yang bayi korang perlukan. Memberi puting pada peringkat awal boleh menggangu jadual pemakanan bayi.

Apabila bayi ni menyusu badan mereka ni akan selesa dengan ibunya dan akan menghasilkan satu ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Jadi berilah susu badan kepada bayi korang supaya anak korang membesar dengan sihat dan kuat.

JANGAN BERI SEMBARANGAN ORANG CIUM

Lumrah manusia suka mencium bayi, lebih-lebih lagi perempuan, tapi ibu bapa perlu ‘alert’ dengan perkara ini. seminggu pertama kehidupan bayi, pendedahan pada bakteria dan kuman boleh membawa masalah serius. Ini kerana sistem imuniasi mereka masih belum berfungsi sepenuhnya. Mencium dan memegang bayi tanpa mencuci tangan terlebih dahulu boleh menyebabkan bayi korang terdedah kepada pelbagai penyakit kerana sistem imunisasi bayi masih belum dapat melindungi badan mereka daripada ancaman bakteria dan kuman.

JANGAN UBAH SUASANA RUMAH

Bayi memang perlukan banyak perhatian tapi tak perlulah sampai mengubah suasana rumah antaranya seperti langsung tak boleh pasang TV, sentiasa menutup pintu dan langsir kerana bimbang suasana menjadi bising untuk bayi korang tidur. Suasana yang sedikit bising tak beri masalah, biarkan bayi korang terbiasa dengan suasana itu supaya sampai satu masa bayi korang mudah untuk tidur pada bila² masa.

293 total views, 2 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here