Jadilah Ibu Bapa Yang sayang Anak Bukan Sayang Handphone

0
95

Era dunia kini, manusia memang tak lekang daripada bermain telefon bimbit. Tak kira kanak-kanak mahupun dewasa, masing-masing seolah-olah ketagih pegang telefon. Lekang seminit pun tak boleh! Ada yang masuk toilet pun masih main handphone ya! HAHAHA.

Walau sebesar mana pun pentingnya handphone itu dalam hidup kita, jangan pula kita masuk dalam kategori yang disebut Ibnu Qayyim Rahimahullah sebagai orang tua yang menyengsarakan anak atau buah hatinya di dunia dan akhirat

Jadilah Orang Tua Sayang Anak, Bukan Sayang HP

 Imam Ibnu Qayyim berkata begini:

وكم ممّن أشقى ولده وفلذة كبده في الدنيا والآخرة بإهماله وترك تأديبه، وإعانته له على شهواته

Ertinya: “Betapa banyak orang tua yang menyengsarakan anak serta buah hatinya di dunia dan akhirat dengan cara mengabaikan, tidak mendidik serta membantu anak melepaskan hawa nafsunya.  “Al-Majmuu’ al-Qayyim min Kalaam Ibni Qayyim” Jilid I, 2005: 569)

Pada ayat “membantu anak melepaskan hawa nafsunya”, beliau mengaitkan dengan para ibu dan ayah pada zaman gadget & digital yang begitu meluas, kadang-kadang kurang sabar dalam mendidik anak, sehingga memberikan kebebasan bagi anak bermain gadget.

Ya, anak kecil memang sukakan hiburan, sukakan permainan, namun ibu harus bijak dalam mengawal keadaan ini. Harus sentiasa kreatif untuk menghiburkan si anak, bukan terus memberi kebebasan pada mereka bermain telefon bimbit! Hal ini sangat menggusarkan, kerana telefon bimbit lebih banyak keburukan dari kebaikan untuk anak kecil.

Walaupun hal ini terlihat sederhana. Tapi kesannya besar. Dulu sebelum ada gajet, tempat hiburan seorang anak adalah ibu bapanya. Ketika anak menangis atau ‘buat hal’, yang menghiburkannya adalah ibu bapanya dengan berbagai cara. Sehingga menimbulkan kesan mendalam bagi seorang anak.

Kalau anak dibiasakan dengan video telefon bimbit ketika merengek , nanti ketika ada masalah yang dicari bukanlah ibu bapanya, tapi telefon bimbitnya.

Ada juga ibu bapa yang terlalu leka bermain handphone di depan anak mereka, hal ini juga perlu dielakkan. Mengapa?

Sekiranya ibu bapa lebih fokus pada telefon bimbit berbanding anak-anak yang sedang merengek-rengek atau perlu perhatian, lama-kelamaan hal ini akan menjadikan si anak menyangka telefon bimbit itu jauh lebih berkepentingan berbanding mereka. Lagi menyedihkan sekiranya si anak, sudah tidak mahu bergantung harap pada ibu bapa dan mereka juga beralih kepada gajet untuk mencari hiburan dan melepaskan segala gundah di hati melalui sosial media!

Harus diingat, walau sesibuk mana pun kita, jangan biasakan anak kecil bermain telefon bimbit. Carilah masa untuk diluangkan bersama. haaa, jangan pula ibu bapa yang sibuk bermain telefon bimbit sehingga abaikan anak yang memanggil-manggil di sebelah ya. Sayangilah anak, kerana mereka anugerah dari Allah.

Selalulah luangkan masa bersama, mendengar setiap keluhan dan membantu menyelesaikan kemelut dalam jiwa anak-anak.

Kalau itu dibiasakan, kelak ketika anak sedang susah, senang, atau perlu perhatian, yang dicari mereka pertama kali adalah ibu bapanya. Bukan gajet, bukan kawan, tetapi ibu bapa mereka. Bukankah ini adalah perkara yang paling didambakan oleh ibu bapa? Susah dan senang anak-anak, tetap bersama.

Bagaimana dengan kita? Seberapa dekat dan peduli dengan anak? Masih ada waktu untuk berubah menjadi ibu bapa terbaik dunia-akhirat bagi anak. Jangan sampai, kita masuk pada kategori yang disebut Ibnu Qayyim Rahimahullah sebagai orang tua yang menyengsarakan anak atau buah hatinya di dunia dan akhirat. Na’udzubillah min dzalik.*

771 total views, 7 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here