Sayang Mak Ayah, Allah Sayang kita

0
101

Dalam Islam, kita perlu menjaga kebajikan ibu bapa bapa kita, maksud menjaga kebajikan di sini ialah memastikan mereka mendapat perhatian kita lebih-lebih lagi apabila telah menjangkau usia.

kita juga tidak tahu selama mana hayat mereka, jadi sementara mereka masih ada, berbaktilah! Banyak cara untuk menjaga kebajikan mereka dan membahagiakan mereka antaranya:

  1. MENDAHULUKAN PERMINTAAN MEREKA MELEBIHI PERMINTAAN ORANG LAIN

Ramai anak-anak di luar sana kurang cakna dengan perkara sebegini, seharusnya hak-hak mereka perlu diutamakan melebihi hak orang lain. Dalam sebuah hadith riwayat Al Bukhari, termaktub kisah tentang tiga pemuda bani Israel yang terperangkap di dalam gua. Maka salah seorang daripada mereka berdoa kepada Allah serta bertawasul dengan amal solehnya terhadap kedua orang tua nya. Diceritakan dalam hadith tersebut bahawa beliau akan memberi minum susu kepada kedua ibu bapanya yang telah tua.

Pada suatu hari beliau mendapati ibu bapa nya sedang tidur dan beliau sanggup untuk berdiri dan menunggu mereka terjaga kerana ingin memberikan susu, beliau sanggup menunggu kerana khuatir susu ersebut diminum dahulu oleh anaknya. Begitulah contoh pengorbanan seorang anak soleh terhadap kedua ibu bapanya.

2. MEMBERI NAFKAH

Wajib ke atas setiap anak untuk memberi nafkah kepada ibu bapa, memastikan mereka mempunyai tempat yang selesa, makan dan pakai yang secukupnya. Namun hukum ini menjadi sunat sekiranya mereka berkemampuan lebih dari segi tenaga dan harta untuk diri mereka. Sabda Nabi dalam riwayat Muslim “Mulakan dengan dirimu, berikan nafkah untuk dirimu, jika ada lebihan maka ia untuk keluargamu, jika ada lebihan lagi maka itu untuk kerabatmu”. hadith ini jelas menunjukkan bahawa keluarga diutamakan, dan pasti ibu bapa lah yang perlu diutamakan.

3. MENDOAKAN MEREKA

Sebagai anak yang soleh, kita wajib mendoakan ibu bapa sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Di samping itu, berusahalah menjadi anak yang soleh, kerana tiada apa yang lebih bermakna sahamnya bagi seseorang yang berada di alam barzakh melainkan tiga perkara, sabda Nabi SAW ” Jika mati anak adam, maka terputuslah amalan kebaikannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.”

 

 

644 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here