Cara Keluar Dari Saf Solat Apabila Berhadas

0
48

Solat itu wajib ke atas setiap muslim, namun pada solat itu terdapat beberapa rukun, syarat sah dan beberapa perkara lagi yang perlu dipatuhi. Suci merupakan syarat sah bagi solat, jika seseorang berhadas maka solatnya juga terbatal. Ini bertepatan dengan hadis nabi oleh Imam Nawawi dalam kitabnya, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab bahawa:

فإذا أحدث المصلي في صلاته باختياره بطلت صلاته بالإجماع، سواء كان حدثه عمداً أو سهواً، سواء علم أنه في صلاة أم لا، وإن أحدث بغير اختياره بأن سبقه الحدث بطلت طهارته بلا خلاف

Maksudnya: Sekiranya seseorang yang mendirikan solat itu berhadas dalam solatnya dengan perbuatannya dalam solat, maka batal solatnya secara ijma’, tidak kira sama ada dia berhadas secara sengaja ataupun tidak, samada dia perasan dia berada di dalam solat atau tidak perasan. Jika sekiranya dia berhadas dengan tanpa perbuatannya, seperti dia telah berhadas sebelumnya, maka batal wuduknya juga tanpa khilaf.(Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5:88)

Berikut adalah perkara-perkara yang boleh membatalkan solat:

  • Keluar sesuatu daripada dua jalan (qubul dan dubur)
  • Tidur yang tidak tetap punggungnya.
  • Hilang akal disebabkan oleh mabuk atau penyakit.
  • Menyentuh jantina yang lain tanpa berlapik.
  • Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan.
  • Menyentuh halaqah dubur(Rujuk Matan al-Ghoyah wa al-Taqrib: 18)

Jadi, apakah caranya jika kita ingin keluar dar saf solat jika kita berhadas?

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada ‘Aisyah Ranha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إذا أحدث أحدُكم في صلاتِه فلْيأخذْ بأنفِه ثم لْينصرفْ

Maksudnya: Sekiranya seseorang itu berhadas ketika sedang mendirikan solat, hendaklah dia memegang hidungnya dan segera beredar daripada saf.

Hadith riwayat Abu Daud: (1114)

Jika seseorang berhadas, Rasulullah menganjurkan untuk keluar saf dengan memegang hidung seolah-olah hidungnyya berdarah. Hal ini demikian kerana supaya jemaah lain menyangka bahawa seseorang itu kluar saf kerana berdarah hidungnya, maka ia sedikit sebanyak dapat menjaga air muka orang yang berhadas.

Hikmah daripada anjuran Baginda SAW ini disebutkan oleh Imam al-Munawi RA dalam kitab Faidh al-Kadir Syarh Jami’ al-Saghir bahawa:

فلْيُمسِكْ أنفَه بيَدِه كأنَّه أصابَه رُعافٌ، أو سال مِن أنفِه دمٌ، ثمَّ يَخرُجُ مِن الصَّلاةِ، ويُعيدُ طهارتَه ووُضوءَه، ويَرجِعُ إلى صلاتِه؛ وذلك أنَّ صاحبَ الحَدَثِ ربَّما يتَحرَّجُ من النَّاسِ بخُروجِه مِن الصَّلاةِ بهذا السَّببِ، فإيهامُهم بالرُّعافِ أقلُّ تحرُّجًا عندَ خُروجِه مِن الصَّلاةِ.

Maksudnya: Hendaklah seseorang itu memegang hidungnya dengan tangannya seolah-olah dia mengalami pendarahan di hidungnya. Kemudian hendaklah dia keluar daripada solat tersebut dan mengulangi semula taharah dan wuduknya serta kembali kepada solatnya. Hal itu kerana seseorang yang berhadas tersebut boleh jadi merasa malu kepada orang lain apabila dia keluar daripada saf solat disebabkan oleh hadas. Maka dengan perbuatan tersebut akan menyebabkan dia tidak begitu merasa keberatan apabila dia keluar daripada saf solat.

Secara kesimpulannya, jika dilihat pada keterangan di atas, Rasulullah sangat menganjurkan cara keluar saf yang boleh menjaga keaiban dan air muka umatnya. Ia menunjukkan murninya Islam itu dan sangat menitikberatkan maruah manusia.

–Mufti Wilayah Persekutuan

386 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here