4 Tips Mudah Mengajar Anak Mengaji

0
143

. Jangan mulakan mengajar dengan buku mengaji.

Anak kecil abad ke 21 hari ini tidak sama seperti kita satu masa dulu. Hampir kesemua ibubapa yang saya temui meluahkan rasa kebimbangannya anak tidak suka mengaji kerana bila diajar sekejap saja yang dibacanya atau ikut semula bacaan/huruf. Kemudian anak tak mahu duduk diam mengaji. Ya, itulah fitrah anak kecil.

Disangkanya anak kecil susah diajar mengaji walhal cara kita yang salah.

Manakan mungkin anak kecil yang sudah didedahkan kepada gajet di awal usia hari ini betah duduk diam dengan disiplin buku mengaji jika dia sudah punya option yang lebih berwarna-warni, imej-imej yang bergerak laju lagi menarik dapat ditontonnya di youtube / game di internet. Zaman berubah. Cara kita mengajar anak juga perlu berubah sepantas masa.

2. Ajar anak kenal huruf tunggal hijaiyyah dahulu, diikuti dengan fungsi baris asas.

Ini adalah basic knowledge bagi semua pembaca al-Quran. Asas ini perlu teguh lagi kuat.
Pelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar seperti kad imbas, poster yang ditampal di dinding, aplikasi internet, video / lagu, busybook atau apa sahaja permainan bagi tujuan berkenalan dengan huruf tunggal hijaiyyah.

Ajarlah anak mengenali huruf tunggal dengan cara yang menyeronokkan dan belajar sambil bermain!
Ini kerana di dalam huruf tunggal terdapatnya makhraj huruf yang harus diasah sebutannya berulangkali dengan betul. Ini berbeza daripada mengajarkan anak Bahasa Melayu atau English.

Di dalam BM dan BI tiada makhraj huruf yang perlu ditekankan untuk membaca. Ia lebih kepada gabungan bunyi huruf. Tetapi bagi membaca al Quran ia bukan sekadar membunyikan huruf-huruf berbaris malah terdapat hukum tajwid (panjang-pendek bacaan) perlu dibaca dengan tepat bersama makhraj huruf yang betul.

Jika ia tidak diajarkan dari awal serta tidak diasah dengan baik sejak mula lagi, kelak dikhuatiri anak akan membaca al Quran dengan Bahasa Melayu tanpa sebutan arab yang betul dan hukum tajwid yang ‘ke laut’.

3. Fungsi baris asas perlu diperkenalkan secara serentak.

Jangan menekankan hanya 1 baris saja sebagai permulaan. Setelah anak kenal huruf tunggal, ajarkannya baris asas satu (ketiga-tiganya) secara serentak dengan cara yang fun! Ya, penggunaan emoticons sangat membantu anak-anak ingat dan faham fungsi baris tanpa perlu menghafal. Begitu juga bagi memperkenalkan huruf tunggal. Tidak perlu menghafal.

Seterusnya, mengajarkan tanda bacaan lain seperti tanwin, baris mati dan baris bercampur pasti akan lebih mudah jika fungsi baris satu yang asas ini dapat dikuasainya dengan baik.

4. Disiplin buku mengaji.

Setelah anak dapat mengenal dan menguasai huruf tunggal dan baris asas dengan baik, barulah beri anak buku mengaji dan ikutilah disiplin / silibus yang ada di dalamnya.

 

Saya amat menggalakkan ibubapa menggunakan Muqaddam Nur al-Hayah resm uthmani.
Di dalam silibus Muqaddam yang diperbaharui ini (bukan macam muqaddam lama zaman kita belajar mengaji dulu) ia menekankan huruf tunggal sebagai permulaan dan ia mengasingkan huruf untuk dikenali melalui huruf bertitik dan tidak bertitik.

SEMOGA BERMAFAAT!

892 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here