BOLEHKAH ISTINJAK DENGAN TISU BASAH?

0
160

Harus istinjak dengan menggunakan air mutlak. Begitu juga harus istinjak dengan menggunakan sesuatu yang memenuhi syarat-syarat berikut;

1) pepejal
2) suci
3) kesat
4) boleh menanggalkan najis
5) tidak dihormati pada syarak.

Disebutkan oleh Imam al-Nawawi;

وَيَجِبُ الِاسْتِنْجَاءُ بِمَاءٍ أَوْ حَجَرٍ وَجَمْعُهُمَا أَفْضَلُ وَفِي مَعْنَى الْحَجَرِ كُلُّ جَامِدٍ طَاهِرٌ قَالِعٌ غَيْرُ مُحْتَرَمٍ

“Wajib istinjak dengan air atau batu. Menghimpunkan kedua-duanya adalah lebih afdal. Pada makna batu adalah setiap pepejal, yang suci, yang boleh menanggalkan dan tidak dihormati pada syarak…”

Sekiranya seseorang ingin menggunakan salah satu daripada air atau batu dan seumpamanya, maka menggunakan air adalah lebih afdal. Ini kerana ia sahaja yang boleh menghilangkan ain (zat) najis dan kesan-kesannya berbanding dengan menggunakan batu dan seumpamanya.

Sekiranya seseorang ingin menggunakan batu sahaja atau seumpamanya, maka disyaratkan benda yang digunakan itu kering dan tidak basah. Ini kerana, sesuatu yang basah akan menjadi mutanajjis dengan semata-mata terkena najis tersebut. Sekaligus ia akan menyebabkan sesuatu daripada najis itu kembali semula pada tempat keluar najis (qubul dan dubur). Maka, ia akan menjadi seolah-olah seperti sesuatu najis yang berasingan pula.

Justeru, tidak sah istinjak menggunakan sesuatu yang basah seperti tisu basah dan seumpamanya.
اليسع
Wallahu a’lam.

Rujukan

– Asna al-Matalib
– Hasyiah I’anah al-Talibin
– Fath al-‘Allam
– Al-Taqrirat al-Sadidah
– Al-Fiqh al-Manhaji

800 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here