Penyakit Dengki? Mari Amalkan Doa Yang Nabi Ajarkan Ini

0
112

Dengki adalah satu daripada sifat tercela. Pendengki tidak pernah berasa puas dengan apa yang ada padanya.

Apabila dia melihat kelebihan yang ada pada insan lain sama ada rupa paras yang cantik jelita, kekayaan yang melimpah ruah, pangkat yang tinggi, kedudukan yang terpuji, dan lain-lain hatinya akan sakit, jiwanya tidak tenteram, perasaannya berkecamuk, dadanya sesak.

Rezeki bukan semata-mata pada wang ringgit. Keluarga, ilmu dan ketenangan jiwa adalah antara rezeki yang besar nikmatnya.

Punca utamanya adalah tidak bersyukur dan tidak redha dengan ni’mat pemberian Allah.

Sesungguh Allah Maha Bijaksana dalam memberi dan membahagi-bahagikan ni’mat kepada hambaNya. Pemberian ni’mat yang tidak sama kepada setiap makhlukNya adalah untuk menunjukkan kekuasaanNya dan menguji keimanan mereka.

Nabi s.a.w. mengajar kita doa supaya kita menjadi hamba yang bersyukur dan merawat perasaan dengki terhadap orang lain.

Baginda bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berkata (berdoa) pada waktu pagi :

اللهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ، فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ

Maka sesungguhnya dia telah melaksanakan syukur pada hari tersebut.” Riwayat an-Nasaei.

Maksud doa: “Ya Allah apa sahaja ni’mat yang ada padaku pagi ini atau yang ada pada seseorang dari kalangan makhlukMu, maka semuanya itu daripadaMu Yang Maha Esa semata-mata. Maka untukMu sahajalah segala pujian dan kepadaMu sahajalah segala kesyukuran.”

Sumber: Ustazah Maznah

886 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here