10 Punca Sikap Marah menurut Imam Al Ghazali

0
63

Sifat marah mampu dihalang melalui sikap bersabar. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan. Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah سبحانه وتعالى yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.

Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah. Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Rasulullah ﷺ.

.

Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah, ada rumah tangga yang porak-peranda dan runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.

.

10 Punca Sikap Marah

Menurut Imam Al Ghazali, 10 punca menyebabkan sikap marah adalah:

  1. Rasa bangga diri (sombong)
  2. Takjub kepada peribadi sendiri
  3. Suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
  4. Suka bercakap perkara sia-sia
  1. Suka membuat fitnah
  2. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
  3. Berlaku khianat
  4. Tamak kepada harta dan pangkat
  5. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
  6. Dengki dan irihati.

410 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here