5 Kata-Kata Motivasi Untuk Usahawan!

0
268

Dunia keusahawanan bukanlah sesuatu yang berkaitan dengan menjadi kaya dan ternama semata-mata. Ia tidak semudah yang dilihat dengan mata kasar, tidak sesenang yang kita fikirkan. Ada usahawan yang tidak berani untuk bermula, ada yang tersungkur di tengah jalan, dan ada pula yang tidak dapat maju kehadapan.

Kita kini berada di penghujung tahun dan ini adalah masa yang sesuai untuk cuba refleksi diri dan bersedia untuk 2019. Kami akan membantu dengan memberikan kata-kata motivasi yang jika dipraktikkan, inshaAllah perjalanan keusahawanan anda akan terus maju dan berjaya.

Cuba! Jangan Tak Cuba

Kita tak akan tahu selagi belum mencuba. Jangan takut! Luaskan hati kita untuk mencuba sesuatu yang baru. Ia mungkin akan membebankan kita, tetapi kita akan belajar banyak perkara daripada ini. Sebaliknya, mereka yang berhenti mencuba adalah orang yang gagal.

Jangan Berangan-Angan, Jadikan Impian Kenyataan!

Jangan hanya jadi pemimpi saja, tapi jadilah pengejar mimpi yang hebat dan jadikan mimpimu suatu kenyataan. Kerana impian bukan sekadar angan-angan, tapi harus diperjuangkan. Jangan pernah menyerah pada mimpimu, jadikan ia kenyataan.

Mula Mereka Bertanya Mengapa? Kemudian Akan Bertanya Bagaimana?

Tak usah ambil peduli dengan kata-kata orang tentang kelemahan dan impian anda. Satu-satunya cara untuk mendiamkan mereka adalah dengan membuktikannya. Jadikan kata-kata pedas mereka sebagai pembakar semangat anda untuk membuktikan kepada mereka bahawa anda boleh mencipta sesuatu yang mereka fikir adalah mustahil. Percayalah, ia bukan seperti yang orang katakan, tetapi ia adalah tentang impian besar yang perlu anda realisasikan.

Jangan Berbicara Dengan “Mungkin”, Katakan “Aku Boleh”!

Berbicara dengan “mungkin” akan menyebabkan kita kurang keyakinan lalu tidak akan dapat mencapai apa-apa. Namun, bila anda katakan “aku boleh”, anda pasti dalam melakukan segala sesuatu. Namun, bila sudah ada idea, janganlah gelojoh untuk terus melakukannya, fikirkan sejenak adakah ia bersesuaian dengan kemampuan anda. Bila sudah pasti, ayuh lakukan! Anda pasti boleh!

Perancangan Adalah Seperti Peta. Tanpanya, Perjalanan Bisnes Kita Sesat

Ibarat perjalanan tanpa peta, kita tidak akan tahu arah tujuan, lalu kita akan sesat. Sama seperti perniagaan tanpa perancangan dan strategi, anda akan kebingungan – apa yang nak dicapai, mana dahulu perlu dicapai, bila tempoh masanya, bagaimana nak mencapainya, semua tak ada, lalu perjalanan bisnes anda mungkin akan berakhir dengan kegagalan.

Kejayaan pada hari esok adalah bermula daripada hari ini. Tindakan kita, sikap kita, dan motivasi diri kita hari ini bakal menentukan kejayaan kita pada hari esok. Gali, cari dan zahirkan segala potensi diri. Asah, gilap dan maksimakan kelebihan dan keistimewaan diri kita! Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu ada motivasi diri yang cukup tinggi. Semoga kata-kata motivasi ini dapat membantu para usahawan mencapai kejayaan!

1,460 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here