Empat Peringkat Cara Allah Memberi Rezeki

0
154

Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin menulis bahawa pada suatu hari datanglah seorang yang telah kehilangan semangat kepada seorang hakim. Lantas dia bertanya tentang mengapa ada seorang yang bodoh tetapi mendapat rezeki yang layak. Sedangkan, di sisi lain, ada seorang yang mempunyai otak cemerlang tetapi tidak mendapat rezeki yang layak.

Mendengar pertanyaan itu,  hakim menjawab, “Jika setiap orang yang mempunyai otak cemerlang mendapat rezeki yang layak, dan setiap orang yang bodoh tidak mendapat rezeki yang layak, maka akan timbul sebuah tanggapan bahawa seorang yang mempunyai otak cemerlang dapat memberikan rezeki kepada temannya. Kesannya, setelah orang lain tahu dan berpandangan bahawa yang dapat memberi rezeki itu adalah temannya sendiri, maka tidak ada ertinya usaha yang mereka lakukan untuk mendapat rezeki tersebut.”

Semua rezeki yang ada itu berasal dari Allah kerana Allah adalah ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki). Allah memberikan kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Firman Allah, “Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkan (bagi siapa yang Dia kehendaki),” (QS ar-Ra’d [13]: 26).

Rezeki merupakan salah satu rahsia Allah dari tiga hal lainnya, iaitu umur, jodoh, dan kematian. Ia tidak dapat dihitung atau di agak oleh manusia.

Allah SWT telah menjamin rezeki setiap makhluk-Nya. Setiap manusia yang lahir ke dunia sudah dilengkapi dengan rezeki masing-masing. Oleh kerana itu, selayaknyalah kita tidak perlu bimbang mengenai rezeki. Persoalan rezeki telah diatur oleh Allah SWT.

Ada empat peringkat cara Allah memberi rezeki. Pertama, rezeki (yang dijamin oleh Allah), “Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di atas bumi ini melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya,” (QS Hud [11]: 6). Ertinya, Allah akan memberi kesihatan, makan, dan minum untuk seluruh makhluk hidup di dunia ini. Ini adalah rezeki dasar yang terendah.

Kedua, “Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya,” (QS an-Najm [53]: 39). Allah akan memberi rezeki sesuai dengan apa yang dusahakan hambanya. Jika kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih sungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Tidak kira dia itu Muslim atau kafir.

Ketiga, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangatlah berat.” Inilah rezeki yang disayang Allah.

Keempat,(untuk orang beriman dan bertakwa) (QS ath-Thalaq [65]: 2-3).

Hal penting yang perlu dilakukan sebagai manusia yang diberi akal budi, kita tetaplah harus berikhtiar, berusaha untuk mendapatkan rezeki itu. Persoalan tentang pakah rezeki kita banyak atau tidak, itu dikembalikan kepada Allah. Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba kerana setiap percubaan itulah kita menemukan dan belajar mengambil peluang untuk berjaya.

Haruslah yakin bahawa ikhtiar itu bukan penyebab datangnya rezeki, tapi rezeki itu datangnya dari Allah. Untuk mendapat rezeki, maka berusaha dan menjemput rezeki itu juga penting. Selamat menjemput rezeki, semoga berkah.

981 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here