10 Cara Melayan Isteri Dengan Baik

0
299

1. Panggil isteri dengan nama yang baik-baik

cara layan isteri dengan baik

Sebagai seorang wanita, isteri anda suka dimanjakan. Salah satu cara untuk memanjakannya adalah dengan memberi gelaran yang baik-baik buat si isteri.

Panggilan mesra seperti “sayang”, “manja”, dan “baby” sememangnya gelaran masa kini yang cukup sweet untuk diberikan pada isteri.

Bukankah Rasulullah juga memanggil isterinya, Aisyah, dengan gelaran pendek lagi manja “Aish”?

2. Bergurau senda dengan isteri

Apabila pulang dari kerja, muka itu janganlah serius sangat. Perbanyakkan berguraudengan isteri yang seharian terperap di rumah dengan anak-anak.

Bukankah Rasulullah juga bergurau senda dan bermain-main dengan isterinya? Siap berlumba lari dengan Aisyah lagi!

3. Melayan isteri dengan lembut dan baik

Suami mithali juga pasti akan berlembut dan berbaik dengan isteri. Wanita yang akan menjadi teman sehidup dan semati itu pasti tidak akan dikasari secara fizikalmahupun emosi.

Bukankah itu antara nasihat utama dalam khutbah terakhir Rasulullah?

4. Bersembanglah dengan isteri

Ketika duduk di meja makan sama ada di rumah atau di restoran, bersembanglahdengan isteri. Banyakkan berbual tentang topik yang menarik dengannya.

Janganlah kita menjadi pasangan yang hanya melihat telefon masing-masing ketika bersama. Terasa dingin sekali apabila dipandang oleh orang luar!

5. Membantu hal kerja rumah

Antara tip cara melayan isteri dengan baik adalah si suami juga patut membantuisteri dalam hal urusan rumah tangga.

Mengemas rumah, memasak, memandikan anak, membasuh pinggan adalah antara perkara yang anda boleh buat ketika di rumah, dan tidak mengharapkan si isteri seorang sahaja.

Bukankah ini antara sunnah Rasulullah juga?

6. Memuliakan dan melayan ibu bapanya dengan baik

Tiada yang lebih bermakna dalam hidup si isteri melainkan apabila melihat suami mereka melayan ibu dan ayahnya dengan penuh hormat dan baik.

Ayah sekalian, selalulah menelefon dan bertanya khabar ibu dan bapa mertuamu. Ambil tahu tentang kebajikan mereka.

Berikan mereka hadiah sekali sekala dan gembirakan hati mereka. Bukankah mereka juga umpama ibu bapa sendiri?

7. Sentiasa mengucapkan terima kasih pada isteri

Bilakah kali terakhir anda mengucapkan terima kasih pada isteri atas bantuannya? Kebanyakan hal urusan rumah tangga ditanggungnya sendiri tatkala anda sibuk bekerja di pejabat.

Hilangkan rasa penat mereka dengan ucapan mudah dari bibir anda: “Terima kasih, sayang.”

Pasti dia akan terlupa tentang rasa letih dan susahnya menguruskan hal anak-anak seorang diri di rumah apabila mendengar ucapan ikhlas anda itu.

8. Didik dan tegur mereka secara berhemah

cara layan isteri ikut sunnah

Sumber: Muslimvillage.com

Melayan isteri dengan baik bukanlah bermaksud anda terlupa langsung untuk mendidik dan menegur isteri.

Suami mithali bukan suami yang dayus. Berikan didikan agama dan moral pada isteri. Sebelum menegur, berikan pengiktirafan kepada kebaikannya dengan kata pujian.

Kemudian, berikan kata teguran secara lembut dan berhemah yang dapat menjadikan isteri anda insan solehah.

9. Jaga kebersihan diri

Sebagai suami, jangan selalu mengharapkan isteri yang cantik dan wangi di rumah, tapi lalai tentang kebersihan diri sendiri.

Pastikan mulut anda tidak berbau (terutamanya jika anda merokok), badan anda tidak berbau peluh, dan baju anda tidak kotor serta selekeh.

Lebih-lebih lagi sewaktu anda menghampiri isteri dan menuntut hak batin!

 

10. Selalu mendoakan isteri

Dalam setiap tadahan doa anda selepas solat, jangan lupa untuk diselitkan nama isteri. Titipkan buatnya doa yang indah-indah.

Mintalah pada Tuhan semoga isteri anda akan terus menjadi penyejuk mata, penenang hati, dan penguat iman anda.

Bukankah doa sebagai seorang suami itu baik di sisi Tuhanmu?

Jadilah suami mithali sejati – Bila ada, disyukuri, bila tiada, dirindui.

Para suami sekalian, apabila anda melakukan 10 tip cara melayan isteri di atas, ia bukanlah bermakna yang anda akan terlalu memanjakan isteri. Tidak sama sekali.

Malah, jika anda melakukan perkara tersebut kepadanya, pasti dia akan memulangkan dengan tingkah laku dan perbuatan yang lebih manis lagi.

Tak percaya? Sila cuba di rumah dan nanti, kongsikan dengan kami apa kesan positif yang anda nikmati apabila anda melayan isteri anda dengan baik!

Anda setuju tak wahai isteri-isteri sekalian?

2,128 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here