Gaji? Adakah itu rezeki

0
226

 

 

 

 

 

“Aduh! Kenapa rezeki aku sebanyak ni je? Sedikit nya! Tak cukup!”

Pernah tak mengeluh begitu? Saya juga pernah.

Akhirnya, kita mudah kecewa.

Mungkin kerana selama ni kita salah mengerti. Sesungguhnya rezeki tidak sama dengan gaji.

Gaji itu wang.

Sedangkan rezeki itu sangat luas pengertiannya. Bukan semata wang. Rezeki adalah kesihatan, kebahagiaan, kemudahan, keselamatan dan apa sahaja nikmat yang kita dapat.

Gaji itu dari perusahaan. Rezeki itu dari Tuhan.

Gaji itu boleh diperoleh dengan kerja. Rezeki itu diperoleh dengan iman.

Gaji itu mudah terduga. Tapi rezeki sering datang tidak terduga.

Gaji itu..walaupun sudah besar, tetapi tetap juga kurang. Tetapi rezeki selalu mencukupi. Meski tidak seberapa.

Jadi jangan khuatir, risau, bingung dan gelisah. Setiap makhluk pasti ada rezekinya.

“Dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya” (QS. Hud:6).

Alhamdulillah #Bersyukurlah dan #Nikmati apa yang ada.

Tidak setiap orang memiliki gaji. Tetapi setiap orang memiliki rezeki.

Semoga kita sentiasa dikurniakan rezeki yang diberkati dan anugerah kesihatan yang baik-baik.

Aamiin ya Allah.

Zolkie Baki,
Sesungguhnya rezeki sukakan usaha.
#ResepiMagnetRezeki
@keberkatanrezeki

1,237 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here