Zuhud Dalam Kehidupan

0
225

Bismillahirrahmanirrahim,

Sebahagian masyarakat gagal memahami makna sebenar zuhud, ada yang beranggapan bahawa zuhud ini sebagai sesuatu yang anti terhadap dunia, lebih memilih untuk menyendiri daripada bergaul dengan masyarakat atau melibatkan diri dalam hiruk-pikuk dunia. Ada juga yang menginterpretasikan zuhud sebagai bersendirian di tempat yang sunyi, berpakaian kusam, memakai jubah sederhana dan beperwatakan bagaikan si miskin yang tidak punya apa-apa.

Dengan berpersepsikan konsep seperti di atas, zuhud seringkali disinonimkan sebagai satu kemunduran. Dan bagi yang menerima konsepsi zuhud tersebut tentu secara tidak langsung telah menyifatkan Islam dengan kemunduran dan anti dunia dimana seseorang tidak akan selamat di akhirat kecuali ia meninggalkan dunia

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللَّهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ

Dari Sahl bin Sa’d As Sa’idi dia berkata, “Seorang laki-laki datang kepada Nabi S.A.W seraya berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan maka Allah dan seluruh manusia akan mencintaiku.” Rasulullah S.A.W bersabda: “Berlakulah zuhud dalam urusan dunia nescaya kamu akan dicintai Allah, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang lain nescaya kamu akan dicintai oleh manusia.” (H.R Ibnu Majah No: 4092) Status: Hadis Sahih.

Jadi, bagaimanakah zuhud yang sebenar?

MAKNA ZUHUD

 

Jadikan sifat zuhud sebagai pakaian. Moga kita dicintai Allah dan manusia.

2,509 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here