Kenapa Aku Tak Baca-Baca Al Quran??

0
178

Detik hati, “Kenapa aku tak baca-baca al-Quran?” Tak boleh jadi ini. Aku kena create environment aku supaya aku baca quran.
..
Ukhti/akhi..
Cuba sekarang kita recall di mana terletaknya al-Quran dalam rumah kita? Bilik sebelah? Atau langsung tak perasan dan tak ingat? Ermm.. Kadang-kadang masa otw nak pergi ambil al-Quran dekat bilik sebelah dah dengar anak menangis terbantut sudah nak mengaji sekejap. Niat nak mengaji dah ada sangat bagus cuma bila kita tak dapat bukak kitab suci walau dalam keadaan sekejap itu yang kadang rasa sebak di hati. “Banyak sungguh dosa aku sampai tak berpeluang nak baca quran.”
..
Namun, kalau nak sedih saja tanpa usaha, masa kita dah tak lama.. Sebenarnya, environment boleh bantu kita untuk baca quran. Macam dekat masjid, dalamnya terdapat banyak al-Quran dan kedudukannya mudah kita nampak di sekelilingnya. Jadi dengan re-organize kedudukan quran dalam rumah juga sedikit sebanyak boleh membantu. Cari spot yang mudah untuk dilihat dan mudah untuk dicapai seperti dalam bilik sendiri misalnya.
..
“Me time” yang kita nak sebenarnya menjadi lebih bermakna bila berdua-duaan dengan Allah.. Cuba kita fikir, bila Allah sedang ingin communicate dengan kita, tapi kita reject apa Allah rasa? Sama jugak bila kita call orang yang kita sayang 10kali tapi dia reject apa kita rasa? At least kalau kita rasa kita ni bukanlah baik mana, rasa tak layak nak baca quran, masuk masjid, kawan dengan orang-orang yang baik, rasa banyak sangat dosa, ingat balik, ‘Sampai bila aku nak macam ni?’
..
Kita selalu saja berharap tak ada masalah dalam hidup kita and it went well Alhamdulillah.. Tapi sebenarnya Allah menjawab setiap doa dan permintaan hati kita ni tapi kenapa selalu saja kita ‘hold’ dari untuk jaga hubungan dengan Allah..? Benda yang mengambil cuma beberapa minit seakan begitu berat untuk kita praktikkan dalam daily routine kita.
..
Tiada istilah terlambat.. Percayalah..
..
“Ya Allah.. Bantulah kami supaya sentiasa rasa ingin pegang dan baca quran serta menghayati setiap bait ayat-ayat indahMu ya Allah..”

#usrahsantai

1,181 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here