Anak Tidak Mendengar Kata? Mungkin Berpunca Daripada Ibu Bapa…

0
76

Pernah tak kita tengok kanak-kanak memberontak? Tinggi suara? Tak dengar kata? Mesti selalu kan? haa.. pernah tak tengok ibu bapa yang sikit-sikit jerit marahkan anaknya, ugut macam-macam bilamana anaknya degil tak mendengar kata?

Contoh ugutan yang Femes

“sayang tak buat, mama buang semua mainan”

“sayang tak dengar kata, mama tinggal dalam hutan”

Anak-anak selalu dihamburkan dengan ugutan yang memang ibu ayah takkan buat pun..

Duhai ibu dan ayah, kesilapan kita yang pertama apabila merasa ancaman yang kita berikan, membuatkan anak-anak takut lalu mendengar arahan kita.

Sebenarnya, bukanlah ancaman begitu yang membuatkan mereka mendengar kata, tetapi tindakan ibu bapa itu sendiri.

Ibu ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”

Setiap kali ibu ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran mereka, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!

Jadi, apakah cara yang sesuai agar anak lebih hormat dan mendengar kata?

1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.

2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.

Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.

Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.

3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.

Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.” Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.

4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.

5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.

Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita.

 

548 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here