7 Tips Untuk Buat Bilik Pakaian Anda Nampak Kemas

0
775

Bila masuk hujung minggu, baru ingat nak rehatkan badan relax di rumah. Tapi, bila tengok baju-baju yang perlu dilipatkan dan barang-barang perlu dikemaskan, aduh!

Sebenarnya, untuk mengelakkan situasi sebegini, ada caranya yang anda boleh ikuti. Cara ini bukan sahaja dapat membantu anda untuk mengemas baju dan barang dengan mudah, malah rumah dan bilik pun akan jadi kemas. Anda nak ketahui caranya? Jom curi idea dari gambar-gambar ini!

1 Gunakan Penggantung Baju Yang Sesuai

Hanger sering dikenali dengan gantungan baju. Hanger pakaian merupakan alat kelengkapan baju yang wajib ada di almari pakaian Anda. Jangan remehkan si kecil gantungan pakaian ini. Hanger digunakan buat menggantung baju, khususnya pakaian gaun, long dress, atau pakaian panjang supaya kondisi pakaian tetap rapi.

Cuba gunakan hanger kayu. Hanger ini membuat almari anda terlihat lebih natural, elegan, dan berkelas.

2 Tempatkan Aksesori Dalam Plastik Lut Sinar

Memandangkan kotak diperbuat daripada plastik lutsinar, anda boleh mencari keperluan anda dengan cepat dan mudah. Anda boleh menggatung sahaja aksesori yang mudah berbelit seperti rantai dan anting-anting.

Kredit Gambar : Honeybear Lane

3 Gunakan Almari Handbag

Anda boleh menyediakan almari khas untuk handbag. Tips mudah penjagaan handbag yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

  1. Simpan handbag yang tidak dipakai ke dalam “dusting bag” untuk mengelakkan kotor atau terkena habuk.
  2. Susun handbag dalam ruang penyimpanan di dalam almari secara elok. Elakkan menghimpit-himpit handbag untuk mengelakkan kulit handbag terkena satu sama lain dan rosak.
  3. Letakkan surat khabar atau kertas ke dalam handbag yang tidak dipakai (semasa disimpan) untuk mengelakkan handbag berubah bentuk.

4 Cara menyimpan kasut

Jika anda adalah kaki shopping yang punyai banyak koleksi kasut, cara-cara ini memang berguna. Jadi tidaklah anda terlupa bahawa anda telah mempunyai beratus-ratus pasang kasut!

5 Asingkan Barang-barang

Jika anda gemar melancong, anda pasti banyak menyimpan pakaian berbulu tebal, baju sejuk, stokin, sarung tangan dan sarung kepala yang tidak digunakan hari-hari. Oleh itu, asingkan ia daripada ruang simpanan almari utama anda. Boleh simpan ia dalam kotak besar.

Kredit Gambar: Homemade Home Ideas

6 Letakkan Label

Jika anda label kotak-kotak yang anda gunakan untuk simpan barang-barang, bukan sahaja mudah untuk anda cari barang, malah Nampak lebih tersusun dan sistematik. OCD? Tidak-tidak.

7 Susun Mengikut Warna

Bagi memudahkan anda memilih pakaian sebaiknya anda gunakan penyangkut mengikut warna. Selain kelihatan cantik seperti pelangi, menyusun pakaian mengikut warna memberi motivasi kepada anda setiap kali ingin mencari padanan baju yang sesuai. Jadi tidak lah pagi-pagi termenung begitu lama depan almari memilih baju.

 

Moga perkongsian ini bermanfaat

9,052 total views, 3 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here