Keratan Akhbar Utusan Malaysia Mengatakan 831 Kanak-Kanak, Remaja Dilaporkan Hilang Di Seluruh Negara

0
631

Saban hari kita dikejutkan dengan berita kehilangan kanak-kanak. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran ibu bapa akan keselamtan anak masing-masing

Catatan terkini yang dikeluarkan dari keratan akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 831 orang kanak-kanak dan remaja telah hilang di seluruh negara sejak tahun 2010 hingga akhir bulan lalu, serta masih belum ditemukan.

Negeri Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 143 orang, diikuti Selangor seramai 140 orang, Kuala Lumpur 114 orang dan Sabah 99 orang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak dan remaja hilang seperti dilaporkan dalam Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh salurkan kepada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di talian 03-22666313 atau fax ke 03-22666299 atau emel ke d11ba@rmp.gov.my.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia, di bawah.

Sumber : Polis Diraja Malaysia & Utusan Online

3,729 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here