Adakah Batal Wuduk Apabila Bersentuhan Kulit Dengan Kanak-Kanak Berlainan Jantina

0
142

Assalamualaikum wbt, pasti ramai di antara kita yang tertanya-tanya berkenaan batalkah wuduk seseorang jika dia bersentuhan kulit dengan kanak-kanak berlainan jantina? Oleh itu, kami bawakan kupasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan sebagai jawapan kepada persoalan tersebut.

Berkenaan adakah batal wuduk seorang lelaki dewasa bersentuhan kulit dengan kanak-kanak perempuan, suka untuk kami kongsikan sebuah pandangan dari Syeikh Nawawi bin Umar al-Jawi yang menyebut:

Terdapat lima syarat untuk menjadikan persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan itu membatalkan wuduk. Kami sertakan pandangan beliau dengan sedikit olahan dan tambahan seperti berikut:

  • Persentuhan itu hendaklah antara lelaki dan perempuan. Maka tidak batal wuduk apabila seseorang menyentuh sesama jantina.
  • Persentuhan itu hendaklah pada kulit. Jika yang disentuh adalah rambut, gigi atau kuku, maka ia tidak membatalkan wuduk.
  • Persentuhan tersebut berlaku dengan ajnabi. Adapun persentuhan lelaki atau perempuan dengan mahram mereka ianya tidaklah membatalkan wuduk.
  • Persentuhan berlaku tanpa lapik. Sekiranya kedua-duanya berlapik atau salah seorangnya berlapik dan berlaku persentuhan antara keduanya, maka ini tidak membatalkan wuduk.
  • Persentuhan berlaku antara lelaki dan perempuan yang dewasa. Adapun persentuhan lelaki dewasa atau wanita dewasa dengan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki maka ini tidaklah membatalkan wuduk.

Rujuk Kasyifah Al-Saja, Nawawi bin Umar (Hlm. 113)

Kata Syeikh Dr. Muhammad Al-Zuhaili: ‘’Tidak membatalkan wuduk jika menyentuh kanak-kanak perempuan (sekiranya tidak mendatangkan syahwat) serta menyentuh rambut, kuku atau gigi. Batal wuduk sekiranya menyentuh orang tua walaupun tidak bernafsu.” Rujuk Al-Mu’tamad Fi Fiqh Al-Syafie, Al-Zuhaili (1/87).

 

Kesimpulan

Sebagai penutup, mUFTI wILAYAH pERSEKUTUAN MENYIMPULKAN

persentuhan orang dewasa dengan kanak-kanak tidaklah membatalkan wuduk sekiranya tidak mendatangkan syahwat. Dan dimaksudkan dengan kanak-kanak adalah mereka yang belum mencapai had umur baligh. Wallahu A’lam.”

Akhir kalam, mudahan perkongsian ini memberi manfaat buat semua pembaca dan moga Allah memberi kita semua kefahaman dalam agama. aamiin.. 🙂

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

785 total views, 3 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here