Tips Makan Di Hari Raya Supaya Berat Badan Tidak Mencanak Naik

0
232

Malam ini adalah malam terakhir kita terawih, semua orang tentu dah berada di kampung halaman masing-masing untuk menyambut Syawal bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.

Bila dah raya ni, faham-fahamlah juadah dan lauk-pauk beraneka warna dan jenis. Tinggi kalori, gula, lemak dan kolesterol tapi sangat-sanagt sedap! Bagi yang sangat mengambil berat soal pemakanan dan penjagaan berat badan yang ideal, hari raya memang satu cabaran besar untuk mereka. Susah nak tolak atau menahan diri daripada makan, kan? Bak kata orang setahun sekali saja nak cheat-all-day begini. :p

Ok, jadi ingin kami kongsikan tips daripada seorang pakar pemakanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya iaitu En Mohd Khairul Azuan

Ini antara Tips yang dikongsi, ayuh sama-sama kita cuba ya.

1. Bawa air mineral dalam botol kecil siap-siap supaya tidak menyusahkan tuan rumah sediakan air kosong untuk anda dan jangan lupa minum air masak secukupnya!

2. Makan dalam Pinggan atau piring. Cuba elak ambil terus balang biskut atau kerepek. Rasa makanan yang anda suka dan habikan dalam satu pinggan sahaja.

3. Konsep sederhana. Rasa makanan kegemaran anda sahaja. kalau suka ketupat, makanlah ketupat, kalau suka lemang, makanlah lemang, tapi kena bersederhana dan kawal portion pengambilan.

4. Makan Buah dulu sebiji sebelum ziarah rumah saudara. Jadikan buah macam jambu batu, epal, pisang atau pear sebagai peneman dalam kereta sepanjang jammed nak berhari raya.

5. kalau anda dihidangkan dengan makanan yang berkuah dari santan atau goreng bersambal, ambil secukup rasa. Tidak perlu banjir sampai satu  pinggan. Lauk (protein) tu yang penting. kurangkan kuahnya.

6. Last but not least, ambil snek sihat macam buah-buah potong atau kekacang semasa menonton rancangan tv kegemaran anda semasa hari raya. Biskut raya atau kerepek SIMPAN untuk tetamu. Kalau teringin juga, ambil sekadarnya sahaja dan bubuh dalam piring kecil. Makan apa yag ada dalam piring itu sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

1,272 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here