Wajib Baca! Tips Keselamatan Rumah Ketika Balik Raya

0
163

Keselamatan Rumah.Di samping kita seronok nak balik kampung beraya, ada beberapa tips penting keselamatan rumah yang perlu kita patuhi.

Apabila tiba musim perayaan sudah tentu ramai yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman ataupun pergi bercuti. Bagi anda yang akan meninggalkan kediaman, anda disarankan melakukan beberapa perkara agar rumah yang ditinggalkan bebas daripada sesuatu yang boleh mengakibatkan kerugian seperti hangus dijilat api dan sebagainya.

Berikut adalah tips-tips ringkas untuk menghindari kebakaran di rumah anda pada saat anda pulang berhari raya ataupun bercuti. Sumber tips keselamatan rumah ini diambil daripada  Jabatan Bomba.

SEBELUM KELUAR RUMAH

Pastikan bilik mandi berkeadaan selamat iaitu dengan:

Memastikan segala peralatan tersebut mestilah sudah ditanggalkan dari soket yang berhampiran antaranya adalah seperti pengering rambut dan pencukur elektrik.

Selain daripada itu, tutup suis alat-alat seperti pemanas air di bilik mandi dan juga lampu di bilik mandi. Hal ini penting bagi mengelakkan daripada berlakunya kerosakkan berlaku semasa ketiadaan di rumah.

Pastikan juga keadaan bilik tidur dalam keadaan selamat

Memastikan segala peralatan seperti radio, televisyen, pemain video game, sterika, computer, penyedut hampagas  mestilah sudah ditanggal dari soket bagi mengelakkan dari berlakunya kebakaran yang berpunca dari litar pintas semasa anda pulang ke kampung halaman.

Jangan lupa untuk tutup suis alat-alat seperti kipas, pendingin hawa, lampu siling, lampu dinding atau lampu meja jika ada.

Di bahagian dapur

Segala peralatan seperti cerek elektrik, ketuhar, pengisar, alat pembakar  mestilah sudah ditanggal dari soket dan juga tutup suis alat-alat seperti lampu, kipas penyedut dan kipas. Jangan lupa alat-alat seperti tong gas, minyak tanah mancis atau lighter perlu di simpan dengan baik dan teratur.


Sebelum keluar daripada rumah, perkara yang anda perlu lakukan adalah:

-Beritahu Jiran
– Pastikan pintu gril dikunci dengan betul dan selamat
– Pastikan alat penggera berfungsi dengan baik
– Semua sampah telah dibuang
– Semua pintu bilik telah ditutup

Jika anda mempunyai kawasan simpanan (Stor ) anda juga perlu pastikan segala perkakasan pertukangan , bahan mudah terbakar serta mancis dan pemetik api di susun rapid an di jamin selamat.

Tips Keluar Rumah Dengan Selamat

Seminggu sebelum bercuti, kita perlu membuat perancangan keselamatan awal bagi memastikan rumah serta harta benda yang akan di tinggalkan berada dalam keadaan selamat dan teratur.

Perancangan keselamatan yang rapi akan membolehkan kita menghabiskan cuti kita dengan lebih selesa dan tenteram. Selain itu, kita dapat memastikan tiada bencana akan berlaku akibat kelalaian kita.

Tanggungjawab kita terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang di tinggalkan semasa bercuti amatlah penting. Segala harta benda yang ditinggalkan dalam keadaan yang tidak selamat boleh mendatangkan kerugian dan bahaya kepada kita dan jiran-jiran yang berdekatan. Sebagai  contoh, kita hendaklah memastikan semua peralatan elektrik seperti ketuhar ditutup suisnya dan dan plugnya dicabut sebelum kita meninggalkan rumah.

Hal ini akan dapat mengelakkan kemungkinan berlakunya kejadian yang boleh mendatangkan bahaya kebakaran.Selain itu, kita juga hendaklah memastikan semua barangan elektrik yang berada di luar persekitaran rumah berada dalam keadaan tertutup suis dan plugnya ditanggalkan untuk mengelakkan sebarang bahaya
kebakaran.

Maklumat lanjut boleh di dapati di http://bomba.aplikasi.my/

1,007 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here