3 Kegunaan Biji Kurma & Khasiatnya Yang Jarang Diketahui. Jangan Buang Tau!

0
165

1. ALTERNATIF KEPADA KOPI

Tahukah anda, biji kurma ini boleh digunakan untuk membuat kopi yang lazat! Seperti juga kopi biasa, ia juga terhasil daripada bijinya kan?

Begitu jugalah yang kita boleh buat dengan biji kurma. Kopi biji kurma adalah alternatif yang sangat sesuai bagi anda yang alah pada kafein.

Caranya membuatnya sangat mudah. Mula-mula basuhkan biji kurma yang telah dimakan sehingga bersih. Kemudian biarkan ia kering seketika.

Seterusnya, panggang biji kurma atau sangai (goreng tanpa minyak) hingga kehitaman dan mengeluarkan aroma seakan kopi.

Tumbuk biji kurma yang telah hangus tadi menggunakan batu lesung atau blender.Kemudian, bolehlah digunakan sebagai serbuk kopi.

2. MELEMBUTKAN DAGING DENGAN CEPAT

Kalau ikut petua, biji kurma ini boleh digunakna untuk melembutkan daging secara semulajadi dengan cepat tanpa mengganggu rasa masakan.

Caranya masukkan saja beberapa butir biji kurma yang sudah dibasuh bersih ke dalam apa-apa masakan yang sedang dimasak.

Insha Allah, daging akan cepat empuk dan lembut!

khasiat biji kurma

3. DIGUNAKAN SEBAGAI SCRUB

Selain daripada itu, biji kurma juga boleh digunakan untuk tujuan kecantikan iaitu sebagai scrub atau lulur.

Dah tak payah beli mahal-mahal, gunakan biji kurma tadi dan jadikan serbuk macam buat kopi tadi. Kemudian, campurkan dengan madu / gula perang dan sedikit minyak zaitun sebelum digunakan pada muka atau bahagian badan.

Baunya wangi dan amat menyegarkan!

Selamat Mencuba!

Sumber: siraplimau.com

840 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here