Santunilah Ibu Bapa Kita. Adakah Mereka ‘Tuan’ atau ‘Hamba’ Kita?

0
86

Jika kita mencintai ibu ayah, percayalah kasih sayang mereka terhadap kita lebih tinggi dan tiada tandingannya. Santunilah mereka dengan sebaik-baik budi pekerti.

Tiada apa yang dimahukan oleh ibu bapa kita melainkan mahu melihat anak-anaknya bahagia sahaja.

Tiada apa yang didambakan ibu bapa kita, melainkan hanya perjalanan kita menuju kepada cinta Illahi.

Wahai anak, jangan sesekali menuturkan perkataan kasar terhadap kedua ibu bapa kita.

Hayatilah firman Allah SWT di bawah ini akan larangan menggunakan perkataan kasar terhadap kedua ibu bapa kita.

“Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): “Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua!………” (Surah Al Ahqaf Ayat 17)

Wahai anak, santunilah kedua ibu bapa kita. Allah SWT sangat tegas dalam hal ini. Allah SWT telah berulang kali menegaskan akan “….hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa….”

Jadilah seperti ais batu yang boleh menyejukkan jantung hati kedua ibu bapa kita.

Ibu bapa mendambakan anak-anak mereka bagaikan permata (ratna) yang sangat berharga buat diri mereka. Kenanglah dan hayatilah firman Allah SWT di bawah ini:

1. “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa…. (Surah Al Baqarah Ayat 3)

2. “…….dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa…” (Surah An Nisa Ayat 36)

3. “….dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa…” (Surah An’aam Ayat 151)

4. “… dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa…” (Surah Al-Israa’ Ayat 23)

5. “Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibubapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.” (Surah Maryam Ayat 14)

6. “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.” (Surah Al-‘Ankabuut Ayat 8)

7. “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman Ayat 14)

Jadilah penyejuk mata penawar jantung mereka. Jangan menyakiti mereka dengan perbuatan kita. Layan mereka bagaikan tuan BUKAN hamba. Syurga kita selamanya pada mereka.

810 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here