fbpx
Friday, July 1, 2022
Home Berita Bomba Perluas Kawasan Carian Acap

Bomba Perluas Kawasan Carian Acap

0
245

GOPENG 2 April – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperluaskan kawasan pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap yang hilang sejak 23 Mac lalu kepada laluan kategori 50 kilometer dalam Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019.

Dalam perlumbaan lasak tersebut, empat kategori dipertandingan iaitu 10 km, 25 km, 50 km dan 100 km dengan Mohammad Ashraf mengambil bahagian dalam acara bagi larian 25 km.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Yunus Abu berkata, pencarian di laluan terbaharu itu melibatkan perkampungan Orang Asli dan lokasi berisiko di mana anggota perlu merentas sungai dan kawasan berbukit.

Katanya, kawasan itu juga berhampiran laluan asal Mohammad Ashraf dalam perlumbaan berkenaan yang telah beberapa kali diperiksa oleh pasukan mencari dan menyelamat sebelum ini.

 

“Bermula semalam, operasi pencarian dibantu oleh anggota dari Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) Selangor dan Negeri Sembilan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman mencari orang hilang.

“Hari ini, operasi diteruskan lagi namun menumpukan kepada kawasan baharu iaitu laluan peserta bagi kategori 50 km. Kita akan berusaha mencari setiap inci kawasan yang dijangka atau berpotensi mangsa tersasar dari laluan asalnya,” katanya ketika ditemui di pos kawalan bomba di Kampung Pintu Padang di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perak/bomba-perluas-kawasan-carian-acap-1.874832#ixzz5jvtWPLjj
© Utusan Melayu (M) Bhd

1,326 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here