Tips Hafalan Al-Quran Yang Berkesan

0
173

Dulu saya takut sangat nak menghafaz al-Quran.

Takut nak hafaz banyak² sebab takut lupa.

Saya beginner dan saya mula serius dengan al-Quran masa dah habis sekolah menengah. 🙂

Bukan saya tak tahu dalam menghafaz ada konsep murajaah (mengulang).

Saya tahu mengulang penting untuk kukuhkan hafazan. Lebih penting dari mengumpul hafazan baru.

Tapi waktu dulu saya sangat kabur² BILA nak susun waktu untuk hafaz ayat baru dan murajaah dan MACAMANA nak buat kedua-duanya serentak. Tambah kita sibuk dengan study, persatuan dan urusan² yang lain.

Maka inilah yang buatkan hafazan saya segan hidup mati tak mahu.

Alhamdulillah, ada seorang sahabat saya, saya kreditkan namanya di sini – Diyana Rosli – beri saya satu set table untuk penghafaz al-Quran masa raya haji tahun lepas. Table ni dia dapat dari guru al-Quran kami di Jordan (Kak ‘Afeyah, warganegara Singapura)

Ia table yang sangat osem! Lebih best dari table yang saya pernah buat sendiri dulu.

Why? Sebab table ini lebih bersistem.

Setiap hari kita tick saja nombor muka surat yang dikhaskan untuk hari tersebut. Tak payah kalut dah nak fikir takut lupa hafazan lama atau serabut fikir banyak lagi kena hafaz. Just follow the table. Akan ada hari kita kena mengulang bahagian² tertentu nanti.

Jadual ini jugak merangkumi siap² hafazan dan murajaah untuk setiap juz.

Sangat tersusun!

Seriyes saya macam nak melompat ke langit ke-7 bila nampak benda ni!

Cara hafazan pula sebab saya sedang bergelut dengan study Medik, maka saya praktikkan cara hafazan yang diajarkan oleh Ustaz Adi Hidayat di YouTube

Link : https://youtu.be/cGJe9q3mJ18

Kita hafaz muka surat baru di pagi hari sebelum atau selepas subuh, seterusnya ulang muka surat yang sama untuk satu hari itu ketika dalam solat² sunat atau waktu² terluang. Untuk lebih detail, boleh tonton sendiri di Youtube.

Tipsnya, satu hari hafaz satu muka surat.

Mengulang pulak? Ikut je table tuh.

Proses hafazan harian begini bagi saya sangat berkesan untuk orang yang tak sepenuh masa menghafaz macam saya.

Here, i wanna share this form untuk sesiapa yang nak. Table ni memang cukup dan full untuk 30 juzu’

Sila download sendiri table al-Quran dengan tekan link di bawah :

https://drive.google.com/…/1lgURQ4lKKBsPlFlRmFdteZHAj…/view…

Cara Guna Table Al-Quran :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=770141923320768&id=100009749018515

Jom sesama kita dapatkan al-Quran! 😍

Moga pahala juga untuk saya.

:’)

Hendak seribu daya,
Tak hendak seribu alasan

Kalau tak mampu hafaz semua, at least dalam dada ada sedikit.

Allah saksi kesungguhan kita.

Hanya mahu atau tidak 😊

Sumber: Facebook Qasrus Syuhada

1,560 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here