Wanita Kaki Berpeluh, Bolehkah Tidak Memakai Stokin

0
435

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Adakah Dibenarkan Tidak Menutup Kaki dalam Keadaan Darurat?

Dalam hal ini Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan,

“jika doktor sendiri mengakui akan wujudnya risiko jangkitan kuman atau fungus, maka mereka yang mengalami masalah itu dibenarkan untuk tidak memakai stokin, sarung kaki atau kasut yang bertutup. Ini sesuai dengan qaedah fiqh yang memberi keringanan dalam situasi-situasi kesempitan dan kesukaran:

إذا ضاق الأمر اتسع

MaksudnyaApabila suatu perkara itu menjadi sempit, maka ia diperluaskan.

Namun kami menasihatkan agar memakai kain sarung atau seluar yang labuh sebagai langkah mengurangkan aurat yang terdedah, meskipun dalam keadaan darurat. Firman Allah SWT:

فَاتَّقُوا اللَّـهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا

MaksudnyaOleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya);

Surah al-Taghabun (16)

Namun apabila risiko tersebut hilang, dan masalah kaki berpeluh sudah tiada, maka dia wajib untuk kembali menutup kakinya. Salah satu qaedah fiqh menyebut:

الحكم يدور مع العلة وجودا وعدما

Maksudnya: Suatu hukum itu tertakluk kepada kewujudan atau ketiadaan ‘illahnya.”

Ini sesuai dengan prinsip agama Islam yang memberi keringanan kepada manusia, seperti yang dizahirkan melalui firman-firman Allah SWT:

يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

MaksudnyaAllah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Surah al-Baqarah (185)

Wallahu a’lam.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

2,521 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here