Ini Alasannya Mengapa Anda Perlu Mengaktifkan Fungsi Blue Light Filter Di Telefon Anda

0
432

Blue light filter adalah salah satu fungsi yang perlu ada pada sesebuah telefon pintar hari ini.

Akan tetapi, melalui tinjauan kami, masih ramai pengguna telefon pintar yang masih belum pernah menggunakan fungsi berkenaan.

Kebanyakan daripada mereka tidak menggunakannya kerana tidak mengetahui mengenai fungsinya kepada pengguna.

Oleh itu, kami akan membantu anda untuk lebih memahami apa itu blue light filter.

Setiap panel paparan yang digunakan oleh peranti digital seperti televisyen, telefon pintar, tablet, komputer dan banyak lagi akan memancarkan sinar biru.

Melihat kepada sinaran ini didalam keadaan kurang cahaya atau gelap akan membuatkan mata berasa lemah.

Kebanyakan daripada kita sering bertindak untuk mengurangkan pengcahayaan(brightnessperanti apabila mata mula berasa penat.

Tetapi tahukah anda, mengaktifkan fungsi blue light filter adalah langkah terbaik yang boleh diambil.

Selepas beberapa minit melihat paparan skrin dengan blue light filter diaktifkan, biasanya mata kita akan mula berasa nyaman.

Ia secara tidak langsung akan membuatkan anda mendapat tidur yang lebih baik kerana mata anda lebih selesa ketika dilelapkan.

Bercakap mengenai tidur, sinar biru juga boleh menjadi punca tidur anda menjadi tidak menentu.

Ini kerana selain membuatkan mata menjadi penat, ia juga sebenarnya membekalkan “tenaga” kepada mata untuk terus berjaga walaupun tubuh badan anda sudah letih.

Sinar biru ini akan mengganggu penghasilan hormon melatonin, yang menjadi elemen penting dalam kitaran tidur-jaga seseorang.

Ia akan dihasilkan dengan lebih banyak pada waktu malam, dan berkurangan pada waktu siang. Ini sebabnya manusia secara normalnya lebih cenderung untuk tidur pada waktu malam.

Jadi, sekiranya terdedah kepada sinaran biru dan hormon ini tidak dapat dihasilkan secara optimum, ia akan menyebabkan kita kekurangan waktu tidur dan berasa mengantuk serta letih pada keesokan harinya.

Atas sebab itu, blue light filter ini adalah penting untuk bukan sahaja memastikan anda mempunyai tidur yang secukupnya, malah mempunyai kitaran tidur yang normal.

Memang ada sebahagian daripada kita yang berasa terganggu dengan warna kekuningan pada skrin peranti, namun anda pasti akan terbiasa dengannya selepas beberapa kali menggunakannya.

Maka, untuk mengelakkan mata anda berasa letih sepanjang hari berikutnya, aktifkan fungsi blue light filter ini dan mata anda akan berterima kasih kepada anda.

Nota: Blue light filter juga dikenali dengan nama berbeza bagi lain-lain jenama telefon pintar antaranya Night Shield(Oppo), Eye Comfort(Huawei), Reading Mode(Xiaomi), Blue Light Filter(Samsung&Asus) dan sebagainya.

 

Sumber: Siakap Keli

2,407 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here