Apakah Berkurang Dosa Kita ‘#10YearsChallenge’

0
149
Wiping debts away.

Apakah Berkurang Dosa Kita?
=============
1. Setiap dosa yang kita lakukan, akan terbit titik hitam di hati kita. Sehingga apabila terlalu banyak diselaputi dosa, hati manusia menjadi keras dan gelap. Rasulullah menjelaskan perkara ini di dalam sabdanya:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ ، فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ ، وَإِنْ زَادَ زَادَتْ حَتَّى يَعْلُوَ قَلْبَهُ ذَاكَ الرَّيْنُ

“Sesungguh seorang mukmin, apabila dia melakukan dosa, akan terbit bintik hitam di hatinya. Sekiranya dia bertaubat, meninggalkan dosa tersebut dan beristighfar, maka akan hilanglah titik hitam tersebut. Namun sekiranya dia menambah dosa tersebut, akan bertambahlah titik hitam itu lalu hatinya (gelap) diselaputi dosa.” (HR al-Tirmizi, dinilai sahih oleh oleh Ibn Hibban).

2. Hati yang gelap inilah yang diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran. Firman Allah:

كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.” (Surah al-Mutaffifin: 14)

3. Menurut Hasan al-Basri, yang dimaksudkan dengan hati yang diselaputi dosa itu adalah perlakuan dosa yang berulang-ulang sehingga hati mereka menjadi gelap dan buta. (Tafsir Ibn Kathir).

4. Justeru, setelah 10 tahun menikmati kehidupan ini adakah hati kita semakin bersih atau semakin diselaputi dosa?

5. Atas dasar itu Allah berpesan di dalam al-Quran agar manusia perlu sentiasa memperbanyakkan amal soleh mereka dan beristighfar agar hati mereka suci dari kerak dosa. Firman Allah:

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

“Sesungguhnya amal kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan (dosa). Itulah peringatan buat mereka yang mengingati. (Surah Hud: 114).

6. Ambillah kesempatan kempen “10yearschallenge” ini sebagai titik muhasabah diri. Menghitung hikmah manusia dijadikan, mengenang kesilapan, memperbaiki diri dan merancang ke arah yang lebih diredhai Allah. Kerana manusia itu tidak dijadikan sia-sia.

Moga Allah membimbing kita semua.

No photo description available.
Sumber : Dr Ahmad Sanusi

889 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here