Kemenangan Anakanda Pelajar SMK Pdg Midin Menarik Perhatian Mufti

0
179

Tahniah & Syabas anakanda pelajar SMK Pdg. Midin, K. Terengganu.

Rasa kagum dan terpana ketika melihat gambar-gambar manusia dengan haiwan lebih-lebih lagi remaja dengan puluhan kerbau yang begitu akrab dan intim.

Perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaan seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani.

Sesungguhnya gambar yang bersifat kampungan dan ‘alami mengingatkan usul asal orang kampung dan desa bersamanya sawah bendang, lembu kerbau dan pohon kayu yang menghijau melatari fitrah kemanusiaan bagi masyarakat kampung Melayu.

Rasa kedamaian, ketenangan dan kegembiraan tidak dapat ditafsirkan oleh benda dan harta tetapi oleh perasaan kasih sayang dan rahmat.

Sesungguhnya kehidupan dinilai dengan perasaan yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah sebagai tanda kebesaran ayat Tuhan dalam membina keluarga seperti yang termaktub dalam surah Ar-Rum ayat 21.

Tahniah sekali lagi kerana gambar yang membawa kepada kemenangan.

Kredit buat jurufoto : Dollah Deen Photography

998 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here