UNKNOWN BABY – Daftar Sijil Kelahiran

0
1113

Dalam sijil kelahiran unknown baby cuma ada nama diri bayi saja. Tidak ada nama ibu dan bapa. Pada ruang ibu dan bapa dicatatkan maklumat tidak diperolehi.

Selain itu, unknown baby bertaraf bukan warganegara. Bayi ini hilang hak sebagai warganegara dimana mana negara di bumi ini.

Apabila bertaraf bukan warganegara, bayi ini tidak mendapat hak pendidikan dan hak rawatan perubatan sebagaimana warganegara walaupun dilahirkan di Malaysia. Segala galanya perlu dibayar.

Sudahlah tidak tahu asal usul keturunan, nasab ibu pun tidak diketahui.

Tanpa maklumat ibu anak ini benar benar sebatang kara. Langsung tidak mempunyai saudara apatah lagi adik beradik sedarah.

Sudah pasti anak ini tidak minta dilahirkan ke dunia untuk ditinggalkan kesusahan. Kenapa ibu tergamak melakukan begini.

Disini saya ingin mendidik mana mana yang telah terlanjur, telah tersilap langkah , mengandung tanpa suami, jangan lah berterusan melakukan kesilapan yang akan menyusahkan anak kandung sendiri.

Jika benar benar tidak mampu mengasuh anak sendiri, mahu dibuang, buanglah secara baik. Setakat meletakkan di tepi pasu depan rumah orang, tepi tangga masjid tanpa diketahui sesiapa tidak mendatangkan kebaikan kepada anak itu.

Ketuklah pintu, ketuklah kereta, serahkan anak ketangan seseorang. Daftarkan sijil kelahiran anak itu dahulu, selepas itu tinggalkan lah. Janganlah meninggalkan kesusahan berpanjangan kepada itu. Status tidak sah taraf, status anak dijumpai itu sudah berat untuk dia pikul. Jangan ditambah tanpa pengenalan diri, menjadikan anak itu pendatang asing ditanah kelahirannya.

Sesiapa yang menerima anak itu, berlembut hati, memujuk ibu dan bantu daftarkan kelahiran dahulu sebelum pergi meninggalkan anaknya. Daftar kelahiran tidak mengambil masa yang lama 2,3 hari siaplah. Tidak perlu dedahkan kepada mana-mana pihak.

Sudah sudah melakukan dosa. Memang dosa berzina boleh bertaubat meminta ampun kepada Allah, tetapi dosa membuang anak sehingga anak itu melalui kesusahan yang berpanjangan membuat anak itu tidak redha dengan kehidupannya pun berdosa juga. Bagaimana nak minta maaf kepada anak yang dia sendiri tidak tahu dimana berada setelah dia meninggalkan ditepi pasu bunga atau ditangga masjid?

Kasihan anak tu. Walaupun mangsa rogol, tidak suka kepada anak itu, jangan ditinggalkan tanpa identiti diri.

Saya merayu sesiapa yang telah tersilap langkah, apabila anak itu lahir, daftarkan kelahiran anak itu dahulu dan jika mahu membuang atau meninggalkan dia dimana mana, tinggalkan bersama sama identiti diri, sijil lahir. Lagi bagus, serahkan pada seseorang supaya ibu tahu dimana dan kepada siapa anak itu dititipkan. Sekurang kurangnya ibu tahu nama anaknya.

Ummi Yang Merayu,

Mak Liza

Sumber : Baitus Solehah

7,282 total views, 3 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here