Redha yang diganjari Allah

0
168

Takziah buat ibu ayah bagi ketiga-tiga anak yang telah terkorban selepas ditemui lemas hari ini.
Tidak dapat dibayangkan perasaan kehilangan jantung-jantung hati kita sekaligus.

Kami rakyat Malaysia mengucapkan kalimah takziah yang diajarkan oleh Nabi kita SAW tatkala baginda dikhabarkan akan kewafatan cucunda kesayangan baginda:

إن لله ما أخذ ، وله ما أعطى ، وكل شيء عنده بأجل مسمى ، فاصبر واحتسب
“Sesungguhnya bagi Allah apa yang Dia ambil dan baginya pula apa yang Dia berikan. Segala sesuatu baginya ada tempoh yang telah ditentukan, maka bersabarlah dan pohonlah pahala (atas kesabaran dan musibah tersebut)” [riwayat al-Bukhari].

Ucapkanlah “Alhamdulillah” dan “Innalillah” atas ujian berat ini, dan tetapkanlah kesabaran, nescaya syurga buat kalian.

Nabi SAW bersabda:

إذا مات ولد العبد، قال الله تعالى لملائكته: “قبضتم ولد عبدي؟”, فيقولون: “نعم”.
Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berfirman kepada malaikat-Nya: “Kalian telah mencabut nyawa anak hambaku?”.
Mereka menjawab: “Benar”.

فيقول: “قبضتم ثمرة فؤاده؟”, فيقولون: “نعم”.
Allah berfirman lagi: “Kalian telah mencabut nyawa buah hatinya?”.
Mereka menjawab: “Benar”.

فيقول: “ماذا قال عبدي؟”, فيقولون: “حمدك واسترجع”.
Allah bertanya lagi: “Apa yang diucapkan oleh hambaku?”.
Para malaikat menjawab: “Dia memujimu (alhamdulillah) dan mengucapkan istirja’ (inna lilahi wa inna ilaihi roji’un)”.

فيقول الله تعالى: “ابنوا لعبدي بيتاً في الجنة، وسموه بيت الحمد”.
Kemudian Allah berfirman: “Binakan buat hamba-Ku itu sebuah rumah di syurga, dan namakan ia dengan Rumah Pujian” [riwayat al-Tirmidzi].

-Dr. Kamilin Jamilin-

844 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here