10 DOKUMEN INI WAJIB ANDA SIMPAN UNTUK REKOD CUKAI INDIVIDU

0
216

 

10 dokumen wajib simpan,
10 dokumen sokongan
dan Cara Menyimpan Rekod
—————————————

(Jom kita semak)

Ramai yang tidak tahu cara selamat dan sepatutnya simpan dokumen.

Saya kongsikan dokumen yang perlu disimpan dan memudahkan pihak LHDN untuk buat semakan.

Jangan bila pihak LHDN nak buat rujukan, rekod tiada.

Jika tak de, janganlah nak gaduh dengan LHDN lak, sebab semua tu dah tertakluk dalam Akta Cukai.

Tanggungjawab simpan dokumen adalah atas pembayar cukai.

Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama Borang Cukai Pendapatan anda, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

➡️1. Borang EA/EC & CP58

📌Dapatkan dari majikan anda sebelum Mac

📌 Borang tentang jumlah pendapatan yang telah diberikan kepada pekerja

📌CP58, dokumen yg disediakan untuk agen yang terlibat dalam aktiviti menerima komisen (unit trust, REN, takaful)

➡️2. Baucar dividen,

📌 Terima dividen dari saham yang dilaburkan

➡️3. Resit premium insurans,

📌 Selain resit, digalakkan simpan penyata insuran

📌 Mohon pada agen atau muat masuk dari sistem

➡️4. Resit pembelian buku,

📌Dokumen yang sering orang ambil ringan,

📌 Lepas ni, dapat resit, photostate dan simpan (takut hilang lak karbon)

📌 Semua buku kecuali buku yang terlarang

📌 Buku yang telah dituntut di syarikat atau individu lain, tidak dibenarkan dituntut atas diri sendiri pula. (tu kata pihak LHDN)

➡️5. Resit perubatan,

📌 Segala resit berkaitan sakit kritikal (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)

📌 Resit pemeriksaan perubatan penuh (untuk diri sendiri, suami @ isteri, anak)

📌 Resit perbelanjaan perubatan kepada kedua ibu bapa (disahkan sakit oleh pengamal perubatan)

➡️6. Resit derma,

📌 Resit bayaran derma ke institusi, tabung dan organisasi yang dibenarkan oleh LHDN

📌 Nak mudah, resit atau surat tuntut derma mesti ada tertera mendapat pelepasan cukai (tengok kesahihan gak ya)

➡️7. Resit pembayaran zakat,

📌Zakat yang dibayarkan ke institusi yang dibenarkan sahaja seperti Lembaga Zakat Selangor

📌Zakat fitrah untuk bulan Ramadhan pun lepas

➡️8. Sijil kelahiran anak,

➡️9. Sijil nikah,

➡️10. Dokumen-dokumen sokongan lain.

1. Penyata Skim Persaraan Swasta

2. Surat tawaran belajar di univirsiti, kolej atau institusi pendidikan yang dibenarkan (untuk diri dan anak)

3. Surat atau dokumen bukti individu kategori Orang Kurang Upaya (OKU)

4. Penyata SSPN

5. Resit bayaran yuran Pusat asuhan atau pra sekolah yang dibenarkan

6. Resit pembelian peralatan penyusuan

7. Resit beli alatan sukan dan bayaran keahlian gim (untuk diri, suami @ isteri dan anak)

8. Penyata atau resit bayaran langganan internet

9. Resit pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (untuk diri, suami @ isteri dan anak)

10. Photostate ic ayah dan ibu anda

➡️11. Yang ini paling penting untuk anda simpan iaitu pengiraan cukai yang anda istihar.

tempoh tujuh tahun bermula dari akhir tahun borang cukai pendapatan
– Borang cukai anda dalam tempoh 7 tahun (senang simpan semua)

Simpan semua dokumen dalam satu beg yang banyak folder tu dan letak tahun kat depan beg tu. Kalau tak banyak beli jer fila folder. Janji bersimpan ya kawan-kawan.

#amaccgroup
#celiksikit

1,469 total views, 2 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here