‘Bateri Kembung Dan Meletup Jika Cas Berlebihan’. Fakta Atau Mitos?

0
869

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah tentu ramai di antara kita yang mendengar khabar angin seperti ‘cas telefon berlebihan boleh menyebabkan bateri kembung dan meletup!’

khabar angin seperti ini pasti menimbulkan kegusaran dalam hati ramai pihak. Dek kerana kesibukan harian, Kita mengambil keputusan untuk mengecas di malam hari sebelum tidur. Maka sudah pasti pengecasan bateri telah ‘over limit’ bukan? Dan kita diomok-omokkan dengan cerita ‘smartphone akan meletup dan terbakar’.

Okay, jadi, adakah hal ini merupakan satu mitos atau fakta?

jawapannya…..

Bateri telefon pintar yang ada pada masa kini telah dilengkapi dengan sistem yang cukup pintar, yang mana jika telefon kita telah dicas penuh, ia akan berhenti mengecas secara automatik walaupun masih bersambung dengan pengecas. tak caya? buat banyak research. Yela, mesti syarikat pembikinan telefon ini telah memikirkan masalah ini dan membuat penyelesaiannya. perkara ini sdah lama berlaku, jadi, dah banyak pembaharuan dilakukan. Maka anda di luar sana, tak perlu risau jika bateri terlebih cas, kerana itu adalah mustahil bagi telefon-telefon yang serba canggih kini. Namun kita beringat-ingatlah, jangan la sengaja terlebih cas kan.

CR-Magazine-Hero-how-to-maximize-your-smartphone-battery-life-11-16-v2-

 

Bagi telefon yang dikeluarkan 2014(anggaran) dan kebawah, ada kemungkinan perkara ini berlaku. Hal ini kerana ada peranti yang belum dipasang sistem berhenti cas secara automatik tu, yang macam ada kat hp korang zaman sekarang ni. Sebagai contoh, Nokia 3110 tu kalau lebih cas, lama2 baterinya akan kembung? bukan?

overcharge-phone.jpg

Tambahan : 

Kamu perlu mengetahui bahawa bateri telefon pintar ini ada jangka hayatnya. Akan sampai suatu masa bateri itu akan rosak, atau tidak dapat menyimpan cas dengan lama. Hal ini masih belum dapat diatasi oleh semua pengeluar peranti-peranti yang menggunakan bateri yang sebegitu. Jadi kalau telefon tu dah hangkang dah baterinya, p la kedai, tukar.

download (1).jpg

Tips memanjangkan hayat bateri peranti telefon anda :

  1. Jangan biarkan telefon anda kurang daripada 5 peratus bateri. Bateri perlu ada cas di dalamnya untuk berfungsi dengan baik. Jika bateri tidak ada cas, boleh menyebabkan bateri tersebut rosak. Nasihat admin, kalau dah 10 atau 20 peratus bateri tu, cas la dia. Itu yang terbaik untuk menjaga hayat bateri.
  2. Jangan jemur peranti anda di bawah cahaya matahari. Hal ini menyebabkan perubahan kimia dalam bateri yang boleh mengurangkan jangka hayat bateri anda.
  3. jaga telefon anda daripada masuk dalam air. Walaupun telefon anda kalis air(waterproof), jangan la sengaja menjatuhkannya di dalam air. Memang dia kata kalis air, nanti ada leaking, menyesal tak ke sudah nanti.
  4. Gunakan Power Source yang betul. Kalau dah memang peranti tu menggunakan charger yang 1.5 ma, jangan memandai guna fast charger yang outputnya 5.1 ma. Itu menyebabkan litar pada papan(board) yang berfungsi mengecas bateri akan terbakar.

11,086 total views, 2 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here