Fikiran Anak Boleh Menjadi Lembab Berpunca Dari Ibu Bapa Yang Suka Tengking

0
292

 

Ibu bapa merupakan ‘role model’ atau suri teladan bagi anak-anak. Tugas ibu bapa bukan sahaja melahirkan dan membesarkan cahaya mata malah tugas hakiki ibu bapa adalah memastikan anak-anak mendapat didikan yang sempurna dari segi agama, kehidupan, dan banyak lagi agar mereka boleh meneruskan legasi ummah Muhammad saw.

Akan tetapi amat menyedihkan apabila ramai di kalangan ibu bapa suka memuntahkan cacian, herdikan malah menengking anak-anak apabila mereka melakukan kesalahan. Lebih menyedihkan sekiranya ibu bapa sendiri yang gagal mengawal emosi apabila berhadapan dengan sesuatu masalah dan akhirnya, anak-anak yang menjadi mangsa tempat mereka melepaskan amarah!

Tahukah anda, kanak-kanak yang acapkali dimarahi dan ditengking boleh mengakibatkan kerosakan sel otak mereka?

5 kesan buruk tengking anak ini cukup buatkan anda taubat tak buat lagi!

  1. Kesan buruk pada otak

Ada kajian mengatakan hanya dengan satu tengkingan saja mampu merosakkan berjuta-juta sel otak anak. Sebenarnya bagi anak yang masih dalam proses membesar iaitu dalam usia 2 tahun – 3 tahun pertama, suara keras atau menengking yang keluar dari mulut ibu bapanya dapat merosakkan sel-sel otak yang sedang dalam proses tumbuh.

Kita kalau kena tengking dengan bos pun dah berair mata kan…. Agak-agak, apa perasaan anak-anak kita?

  1. Keyakinan diri hilang

Bagi kesan jangka masa panjang pula, anak akan jadi seorang yang kurang rasa percaya diri. Bahasa mudahnya penakut!

Ini termasuk budak-budak yang suka menyendiri dan tak terbuka dalam pergaulan walaupun dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya.

  1. Fikiran jadi lembab & negatif

Perkara ini sebenarnya anda boleh lihat kesannya mengikut turutan. Antara kesan yang kritikal ialah pada minda dan fikiran anak itu sendiri.

Bayangkan selepas tinggalkan kesan yang menyebabkan kurangnya keyakinan diri, sekarang golongan anak ini juga mudah meluapkan emosi negatif seperti :

  • Marah
  • Panik
  • Stress
  • Sedih
  • Murung

Emosi- emosi ini muncul apabila anak tersebut tidak faham tentang masalah yang mereka hadapi. Didiklah mereka dengan cara yang sesuai mengikut zaman sekarang tanpa tinggalkan kesan buruk.

  1. Masalah kesihatan pendengaran dan jantung

Semua orang tak suka kena marah. Baik budak kecil sampailah orang besar

Semua marah dan tengkingan boleh mengakibatkan anak-anak menghadapi masalah pendengaran

Kesannya seorang anak itu susah untuk menjadi pendengar yang baik.

Sukar untuk dengar bila cikgu bercakap atau mengajar

Atau mungkin lepas ni bila panggil, 10 kali baru dia nak datang. HAHAHA

Jadi jangan hairan apabila makin ditengking, makin tak dengar anaknya kerana anda sendiri punca masalah kesihatan mereka.

Ketahuilah, jika proses tumbesaran anak terpaksa dilalui dengan kaedah marah atau tengking setiap hari… kemungkinan masalah lebih serius boleh berlaku.

Sebagai contoh, masalah jantung. Jantung anak boleh menjadi lemah kerana setiap kali suara-suara ‘monster’ dari anda itu keluar, ia akan membuatkan jantung mereka berdegup lebih deras!

  1. Anak tiru perbuatan ibu bapa

Pepatah melayu ada menyebut bapa borek anak rintik. Apabila hari-hari kena marah kena tengking, lama-kelamaan sikap anda itu seolah-olah meresap ke dalam jiwa anak-anak. Anak berpotensi besar suka menjerit-jerit dan berkelakuan kasar dalam pergaulannya. Lebih parah lagi apabila anak anda sendiri boleh berkata kasar kepada anda, memberontak dan menengking-nengking anda.

Duhai ibu ayah, saat ini semuanya sudah terlambat, nasi sudah menjadi bubur, anak yang seharusnya boleh dilentur agar menjadi anak yang soleh dan taat, mampu berubah menjadi ‘juvana’ di dalam rumah kesan daripada sifat dan sikap negatif yang ditunjukkan sendiri oleh anda.

Akhir kata dari kami, fikirkanlah cara terbaik untuk mendidik anak, menengking dan melepaskan amarah bukanlah solusi terbaik dalam menerapkan didikan awal untuk anak-anak.

Sekali sekala, dakap eratlah anugerah Tuhan itu, mereka, anda yang lahirkan, jangan dirosakkan, jangan disia-siakan.

 

1,907 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here