HUKUM MENIPU UNTUK TUJUAN MARKETING
Berapa ramai peniaga diluar sana, menggunakan teknik menipu agar produk atau barangan mereka habis terjual? Tahukah anda di dalam Islam menipu merupakan satu perkara yang ditegah. Mudahan perkongsian kali ini dapat menerbitkan rasa insaf kepada para peniaga untuk lebih jujur dan telus dalam perniagaan mereka.
Dalam Al Quran surah Al-Baqarah ayat 275, Allah berfirman maksudnya:
“Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”
Menurut riwayat al-Tirmizi (1208)
“Peniaga jujur dan amanah akan bersama para nabi, siddiqin dan para syahid”
Datio’ Seri Dr. Zulkifli al Bakri menyimpulkan bahawa
- Marketing hukumnya harus jika bebas daripada perkara haram
- Penipuan adalah ditegah dalam sebarang urusan khususnya perniagaan
- Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga.
837 total views, 1 views today