Larangan berpurdah langgar hak asasi manusia

0
1542

GENEVA: Tindakan Perancis melarang pemakaian purdah melanggar hak asasi manusia, menurut Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB, pada Selasa.

Keputusan itu menandakan sokongan kepada mereka yang memakai niqab dan turut mengarahkan Perancis membayar pampasan kepada dua wanita yang didakwa kerana berpurdah pada 2012.

Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan memberitahu Paris gagal membuat kes untuk larangan burqa dan ia diminta mengkaji semula undang-undang tersebut.

 

Sebuah panel bebas yang memantau pematuhan negara dengan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik menyatakan Perancis mempunyai tempoh selama 180 hari untuk melaporkan kembali tindakan yang telah diambil.

Keputusan itu adalah tidak terikat, namun ia boleh mempengaruhi mahkamah di Paris.

“Undang-undang Perancis secara tidak sengaja menjejaskan hak individu untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka,” jelas jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, Paris tidak dapat meyakinkan mereka kononnya larangan itu dikuatkuasakan atas alasan keselamatan dan sosial. – SinarHarian

2,326 total views, 1 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here