Facebook – rangkaian media sosial paling popular di dunia – ia mempunyai lebih dari 2 bilion ahli di seluruh dunia. Ia memperoleh pendapatan yang besar daripada pengiklanan. Jika anda terfikir bagaimana produk-produk yang anda telah menunjukkan minat boleh  muncul dalam iklan dan mesej di laman anda, ia adalah gabungan teknologi berbeza yang digunakan untuk menyasarkan anda untuk pengiklanan ini. Terdapat kebimbangan yang meluas mengenai bagaimana Facebook menggunakan dan berkongsi data anda dan apa data yang tersimpan tentang anda. Sebenarnya, anda boleh meminta fail lengkap daripada data yang tersimpan. Laman ini menyenaraikan kategori data serta menjelaskan dengan ringkas bagaimana anda boleh mengetahui jenis maklumat yang dipegang mengenai anda, sama ada melalui komputer atau aplikasi Facebook.

#MAKLUMAT ANDA

Kiriman (Posts): Kiriman yang anda telah kongsikan di Facebook, ianya kiriman yang tersembunyi daripada garis masa anda dan undian anda telah buat.

Foto: Gambar-gambar anda muat naik ‘upload’’ dan berkongsi

Video: Video yang anda muat naik dan kongsi

Komen: Komen yang anda kirimkan tentang siaran anda sendiri, pada siaran orang lain atau dalam kumpulan yang anda kongsi

Suka dan reaksi: Kiriman, komen dan halaman yang anda suka atau berinteraksi

Rakan-rakan: Orang-orang yang anda telah bersambung di Facebook(FB)

Laman yang dikuti dan pengikut: Orang-orang, organisasi atau perniagaan yang anda pilih untuk melihat kandungan mereka, dan orang-orang yang mengikuti anda

Mesej: Mesej-mesej yang anda telah dihantar dan diterima dengan orang lain pada FB Messenger

Kumpulan: Kumpulan kepunyaan anda, kumpulan yang anda selenggarakan, penyataan dan komen dalam kumpulan kepunyaan anda

Acara: Maklum balas kepada acara dan senarai acara yang anda telah cipta

Maklumat Profil : Maklumat kenalan anda, maklumat yang anda telah ditulis dalam bahagian ‘tentang anda’ dalam profil anda dan peristiwa-peristiwa hidup anda

Laman : Laman yang anda selenggarakan

Perniagaan atas talian: Aktiviti anda di perniagaan atas talian

Sejarah pembayaran atas talian: Sejarah pembayaran yang dibuat melalui Facebook

Perkara yang disimpan: Senarai kiriman yang telah anda simpan

Tempat anda: Senarai tempat-tempat yang anda telah cipta

Aplikasi: Aplikasi yang anda telah dipasang dan aplikasi anda selenggarakan

Lain-lain aktiviti: Aktiviti yang berkaitan dengan akaun anda, seperti pokes diberi dan diterima

Iklan: Topik iklan yang paling berkaitan dengan anda juga pengiklan yang telah mengumpul maklumat secara langsung daripada anda dan maklumat yang anda serahkan kepada pengiklan

Sejarah carian: Sejarah carian anda di Facebook

Sejarah lokasi: Sejarah lokasi-lokasi yang tepat, yang diterima melalui perkhidmatan lokasi pada peranti anda

Panggilan dan mesej: Log panggilan dan mesej yang anda telah memilih untuk berkongsi dalam tetapan peranti anda

Tentang anda: Maklumat yang berkaitan dengan akaun Facebook anda

Keselamatan dan log masuk maklumat: Sejarah yang anda akses masuk, akses keluar, tempoh masa yang anda telah aktif di Facebook dan peranti yang anda gunakan untuk mengakses Facebook.

Maklumat rangkaian : Maklumat lanjut mengenai rangkaian yang anda gunakan

#BAGAIMANA UNTUK MUAT TURUN MAKLUMAT ANDA

Melalui Komputer

  1. Pada laman utama anda (garis masa, dinding..), kumpulan biru gelap di bahagian atas, cari simbol anak panah arah ke bawah di sebelah kanan.
  2. Klik pada anak panah dan pilih ‘Tetapan’ daripada menu ke bawah. Ini akan membuka halaman ‘Tetapan Akaun Am’.
  3. Dalam kolum kiri, klik pada ‘Maklumat Facebook Anda’. Ini akan membuka laman ‘Maklumat Facebook Anda’.
  4. Klik ‘muat turun’ maklumat anda. Ini akan membuka laman ‘muat turun’ maklumat.
  5. ‘Fail Baru’ tab akan diwujudkan jika anda tidak pernah muat turun maklumat sebelum ini. Anda boleh memilih kategori maklumat dan jarak masa maklumat yang dikehendaki untuk di muat turun.
  6. 6.Kami mengesyorkan anda menyimpan dalam format ‘HTML’ dan kualiti Media yang ‘Tinggi’. Klik butang ‘Cipta Fail’ pada butang biru.
  7. Fail baru akan diwujudkan . Klik menu ‘Fail Tersedia’ akan membuka maklumat fail yang sedia untuk di muat turun.
  8. Sebagai langkah keselamatan, Facebook akan meminta pengguna untuk memasukkan katalaluan sebelum data dimuat-turun. 

Melalui aplikasi Facebook

  1. Menyentuh menu (tiga baris ikon) di bahagian bawah skrin anda, kemudian skrol ke bawah untuk ‘Tetapan & Privasi’
  2. Pilih ‘Tetapan’.
  3. Carian ke bawah ke ‘Maklumat Facebook Anda’ dan pilih ‘muat turun’ maklumat.
  4. ‘Fail baru’ tab akan diwujudkan sekiranya anda tidak pernah muat turun maklumat sebelum ini. Anda boleh memilih kategori maklumat dan jarak masa maklumat yang dikehendaki untuk di muat turun.Kami mengesyorkan anda menyimpan dalam format ‘HTML’ dan kualiti Media yang ‘Tinggi’. Klik butang ‘Cipta Fail’ pada butang biru.
  5. Klik ‘Muat turun’ butang akan mengakibatkan satu ‘pop-up’ meminta kata laluan anda. Masukkan kata laluan anda dan ‘OK’ akan ‘muat turun’ maklumat dalam fail .zip.

506 total views, 2 views today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here